Tuesday, 4 April 2017

Cameron Highlands Short Vacay I (SteamBoat)

Assalamualaikum,
cuti sekolah minggu lepas,kan semua balik.Kakak adik aku semua dah ada.Jadi mak memang nak sangat pergi Cameron Highlands sebab dah lama sangat tak pegi.Last pegi pun 3,4 tahun lepas tah tak ingat.Masatu muka dahla tak lawa.Haha!And unfortunately,gambar pergi CH dulu semua dekat lappy lama dan lappy tu dah rosak akibat daripada aku(sapa lagi ?).Campur campur,aku dah berjaya rosakkan 2 lappy.Immah cool kid dulu.

Pergi petang,sampai malam sebab ambil kakak aku dekat matrik dan dia ada test habis lewat so lewat lah sampai ceritanya.
 Yang tengah tu adip.Sepupu aku.Memang suka ajak dia pergi mana mana.

Safely arrived,nasib baik takda yang muntah.Pastu start cari hotel.
I forgot what the name of our hotel.Tapi hotelnya simple nak mampus.Satu bilik satu plug(like what?,but abah is our hero,he bought a extension plug!),and the hotel remind me to my hostel=( Sebab katil 2 tingkat.Dan ada 4 buah.So ada 8 katil.Memang selesa.Takyah kongsi bantal,takyah kongsi selimut.Sorry,i really forgot the name of the hotel.Yang aku ingat hotel tu ada jejantas.Hahahaha!

Lepas solat,keluar cari steamboat.
 Kangkung belacan.Mana warna belacannya sihhh?rating 5/10
 Ayam kunyit ni sedap.Rating 9/10
 Telur dadar ni wajiblah rasa telur kan.Aku tak minat telur dadar.So rating takda.Hahahaha
 Tunggu steamboat.

Bahan bahan.Rating steamboat 4/10 .Mintak half tomyam,half sup.Sup was super okay.Tapi that tomyammm!Tak rasa tomyam langsung(T^T)

Tak ingat nama kedai.Spesies tak ingat nama betul aku ni.Sorry.Tapi kalau nampak orang ramai kat kedai ni,ha itulah kedainya.
Then,we continued with jalan jalan!
 Sambil jalan jalan sambil makan rumpai ni (betulka nama dia rumpai?Forgive me kalau salah.Hahahaha!)
 Makan bediri tunggu adik aku yang lelaki beli baju sejuk yang tebal siap ada bulu bulu lagi.Acah pergi amerika ka apa.
 He wanted the sarung tangan so bad.Nak menunjuk ketu?
Kisahnya nak cari pasar malam,pastu baru tahu pasar malam dah tukar tempat.So saddd.Stoberi coklet pun takda langsung yang jual malam malam macamni.Sedih betul.Last last balik hotel,and sleep tight at 10++pm.

Ok first day settle!Panjang panjang nanti meleleh aiq liur baca sebab panjang.
Salam sayang,syadiya xx

2 comments:

  1. Walaupun short vacation tapi seronok bila bersama keluarga kan...

    ReplyDelete
  2. Alaa telur dadar sedap! Fav tuuuu! Hii.

    Asal bercuti bersama keluarga sure seronok!

    ReplyDelete