Wednesday, 26 April 2017

Cameron Highlands Short Vacay III (Agro-Technology Park Mardi)

 Assalamualaikum,
Memang tebiat aku kalau share pasal vacay,mesti ada sambungan.Tapi kadang tak menjadi pon sambungan aku.Contoh sambungan vacay yang hangat hangat tahi ayam;pergi Indon dulu,pastu pergi Langkawi tahun duaribulimabelas.Acah sangat ayat terakhir entri berkenaan "Hari lain nanti aku share dekat next entri" Padahal bayang entri seterusnya pun TAK NAMPAK.HAHAHA jiwa kacau!

So kalini memang aku tepati janji lah kiranya kan.Taman MARDI memang tak pernah tak pergi .Wajib family aku pergi kalau dah sampai Cameron.Masuk berbayar.Harga tiket tak ingat tapi murah je.Family aku suka pergi MARDI sebab banyak tanaman.Not my family.My mother to be specific.

Cantik angat ❤️

 Apa nama pokok ni.Kalau boleh nak mengurai sampai ke tanah.

 Rasa cam nak petik,pastu ikatkan buat ganti penyapu lidi.

He doesnt like me.I see that.Gotcha!

 Masa aku datang ni,ada bukak macam macam stall.Waffle,Ice cream,dll.Sedap ice cream ni.Tapi ngilu gigi aku.Bukan gigi,besi lebih tepat.

 ❤️

Kawasan dalam MARDI ni memang luas.Tak ingat gambaq ni dekat tempat yang mana satu.Mana mana pun cantik.

 Sebab teman Adip pilih kaktus la ibu jari aku bengkak macam kek naik tinggi T^T Dia gedik nak beli satu.Padahal dah sampai rumah terpecahsepaibelai dia punya kaktus.Kahkah

 Ni dekat kawasan yang ada arnab.

 Masuk dalamni berbayar.Adip sorang je yang masuk sebab dalam ni semua budak budak.Teringin nak masuk tapi nanti memalukan diri -.-

 Ada kerusi dekat sebelah kandang arnab ni.(panggil kandang ke untuk arnab?Maaf kalau salah.Bahahaha).Makin mengembang tangan aku lepas pegang kaktus.Decide letak fresh care,and berjaya turun mengempis.Mine is freshcare cherry ❤️Hihi ❤️

Besaqnya bunga yang paling tengah ni.Hohooooo

Ni sebenaqnya dinding surau.Sapa suruh lawa sangat.


Should or shouldnt you go to MARDI?My answer:You should go to MARDI!Sebab boleh kenal banyak jenis flora! ❤️

Salam sayang,syadiya xx

Thursday, 20 April 2017

Hanugeracemer

Assalamualaikum,
Tajuk entri ni kalau boleh nak buat semua yang baca taknak baca plus nak meleleh hingus sebab pabendala yang diz gurl cakap?

HARI ANUGERAH CEMERLANGGG!(beserta gimik pompom disini).It was a good day,a good moment to share and of course,a good memory to be remember sebab aku suka baca blog sendiri.Bagi aku blog sendiri adalah blog yang paling menarik sebab cerita takboleh dijual beli(apa aku cakap zzz)

Peringatan:ini entri bergambar yang tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati tapi wajib ada kena mengena dengan hidup aku,keluarga,rakan taulan,dan juga guru guru.

Sumber gambar:DSLR,fon kawan,fon mak guwe.

Aku yang depan lelaki tu.Ni mak aku punya gambaq guna fon ni.Tau tak mak aku beleter masani suruh perbetul tudung sebab that topi ruin my anak skarf.Habis jendol+keluaq rambut.Huwaaaa.

 Gimik hari anugerah tahunni style ah.Robot bergerak.Nak satu!Nak suruh kemas rumah.Dah malaz ni.

Pastu dah naik atas pentas pon,parents aku memang tak ambik gambaq aku masa atas pentas T^T?Takdak gambaqqqq.Nak kena tunggu posmen mai hantar gambar yang kami bayar 20 hengget tu.

With my 100% supporters or backbone!❤️❤️❤️(Stressnya tengok tudung tu)

you can't buy successful without your effort.effort may take you to the hard situation,but yaa,it will be paid soon.xoxo syadiya


Outdoor with classmate.Classmate aku 5 orang ja yang dapat pergi hari anugerah.Yang lelaki tu jiran kelas.Kanakesh namanya.Entah ah dia ada ship ship kot dengan kawan aku belakang tu.Tertawa mesra nampak.

Topi aku dah terbabas ke Kanakesh.Kahkah

 Amboi Kanakeshhhh,dahla kami yang ajak hang masuk gambaq sekali,pastu kemain lompat melebih orang yang ajak (busuk hati)

With my classmate dan sorang lagi tak cukup iaitu Iliya.Suka buat hal sendiri.Tampa kang iliya ni.(from left:Me,Dayah,Una,Aten)

Semoga Syadiya Nur(saja tambah Nur padahal nama takdak Nur hahaks) berjaya mendapat ACCA besaq nanti.

Semoga Syadiya Nur akan sentiasa meneliti resit selepas membeli barang seperti selalu.

My supporter.Always.Kak Meni❤️Akak dorm aku.Memang selalu teman aku study sampai lewat malam tapi tak sampai 'lewat' malam,dia dah tidoq.

Semoga kamu yang membaca entri ini tak berangan bahawa kejayaan datang bergolek.Ayuhlah usaha.

Semoga kamu mengetahui yang saya pakai tudung mak saya.baju from online shop;GreenScha(kalau berkenan),beg entah tak ingat dah lama,dan skirt of course pasaq kemboja.

My adik bongsu is the best photorapher.Nasib hang ada,kalau dak aku nak suruh sapa tangkap gambar aku.

With Manis.Tabiat baik:suka panggil nama orang 'Anis'dengan panggilan Manis.

Jenuh dah tarik tudung tapi topi takmau bawak bincang dengan aku.

Last.Terimakasih yang banyak tolong saya.Saya hargai jasa anda semua.Saya dapat lapaneyduabi sebab ramai tolong,ramai nasihat,ramai bagi tips.Saya dah share tips dekat blog,so pandai pandai lah geledah blog saya dengan cara yang sopan tau!

Boleh jadi kita benci sesuatu,padahal baik bagi kita.Contohnya,masa saya PT3,i got E in sains.Pastu masa SPM,saya dapat A+ siap dapat paling terbaik matapelajaran sains padahal MASA BILA AKU MINAT ENTAH MASA BILA?! Nak tau masa bila?Baca la entri cara best nak bagi result spm cemerlang ni.Semoga bermanfaat!

Salam sayang,syadiya xx

Friday, 14 April 2017

BRACES III (33 DAYS)

Assalamualaikum,
do you know braces?ala yang dakap gigi kita tu.Yang nak bagi rata gigi tu.Yang tak sakit tu.2 days ago,aku pergi klinik gigi yang pasangkan pendakap gigi untuk aku sebab that klinik wasap aku cakap "sebelum appoinment braces,datang ye untuk cabut gigi".I never sigh sebab alaa cabut gigi ja kot!(nangis dalam hati) pastu memang dah jangka pon nak kena cabut sebab masa aku pasang 33 days ago,dengar perbualan doc tu dengan dia punya pembantu(atau sebenarnya dia cakap dengan aku?) yang aku kena cabut 2 gigi.

And 2 days ago,i let go my gigis (sebab dua batang).Cabut gigi tak sakit sebenaqnya.Aku taktau ah government sakit or tak,tapi swasta memang tak sakit.Yang sakit masa dia cucuk tu ja aku macam nak jadi zombi sebab gusi semua rasa kebas.

Doktor cakap kalau rasa sakit masa cabut,angkat tangan cepat cepat.But ya,aku tak sakit pun cuma rasa takut pastu aku pi angkat tangan jugak.HAHAHA BONGOK but ya adrenaline rushing ok. But it went good.Gigi pertama sat ja dah blah dari gusi aku,but the second degil nak mampus.Jenuh doctor tu goyang goyang punya lama,tapi still degil taknak blah dari gusi.Aku ada rasa fade up gak sebab lama sangat.Tapi lama kelamaan setelah digoyang (atau lebih tepat dipujuk?) dia blah jugak.

Aku dahla drive sendiri pergi klinik gigi ni,nasib aku ajak kawan aku sorang teman.So boleh lah tolong aku apa yang patut.Dah settle,bayar RM100 for 2 gigi and ya of course duit datang dari mak aku.Rest in peace duit mak=') Hahaha.

Dan startlah perjuangan aku bersama gigi berdarah.When i back home,the bleeding is non stop! Kapas pulak memang sikit ah dia bagi.Kat rumah aku dahla takda kapas jenis macamtu.Lemme tell you,it's not sakit masatu,tapi lama lama jadi sakit.Hehe.Lagi satu,apa yang buatkan aku panik ialah sebab darah tu warna merah,ce bayang kalau darah tu warna putih,of course aku telan sebab ingat susu dutchlady.Tak gitu?It's all sebab darah tu warna MERAH.

Aku memang panik ah taktau nak buat apa dah.Kapas habis dah semua pekat dengan darah,and tetibeee mentol menyala di sebelah kepala ku beserta bunyi 'tingg' (rekaan semata mata) .I should wash the kapas so boleh guna banyak kali,and i did it.So kapas tu memang aku basuh banyak kali and repeat guna.

Aku cabut gigi pukul 12,pukul 1 aku telan ubat tahan sakit yang klinik bagi and terus rasa laloq nak tidoq oh please where is bantall.Pastu mak aku pulak wassap masa aku tengah laloq suruh ambik dia dekat sekolah (sebab guna kereta mak).Dengan mata yang kuyu,pakai tudung terus drive ambik mak sambil dalam mulut kiri dan kanan ada kapas.Budak sekolah mak aku tengok aku mesti pelik ingat aku zombi.zzzz.Pastu sampai rumah,terus tidur dari pukul 2 sampai pukul 7 .(like what?aku mati kejap ka tadi?

Apa yang aku jangka:MESTI DARAH DAH BERHENTI NI.HEHEHE SERONOKNYA BOLEH MAKAN PERUT DAH LAPAR NIIIII.
but.
tak.
pon.
:')

It's still bleeding tapi tak seteruk sebelum ni lah.Nasib pagi sebelum cabut gigi aku dah masak nasi,masak  sambal udang,masak ikan goreng dan makan sesedap!Cuba bayang if aku makan roti+milo ja pagi tu?Mesti aku lapaq gila.Malam nak tidur pulak aku tahan perut lapar.Sebab aku memang betul betul makan sebelum cabut gigi ja.Sedih bukan?

Dan tidur malam tu jugak,aku tidur sambil kemam kapas dalam mulut kiri dan kanan.Dan bila bangkit still bleeding!Tapi tak banyak lah.Makin kurang.I decided to drink air sejuk sebab baca tips search kat google,minum air sejuk boleh hentikan pendarahan and so yahhh! IT'S WORK!

Oh ya,memula ingat nak pergi klinik gigi tu balik untuk tanya pehal gigi bleeding lagi kan?Tapi aku just wasap sebab klinik gigi aku ni memang cool ah boleh wasap ok.So aku wasap tanya kenapa masih bleeding.Pihak klinik balas cakap jangan kumur.Masa bila I kumoq T^T .Pastu dia cakap guna kapas yang dia bagi dan gigit kuat kuat.Masalahnya kapas depa pun aku dah habeh guna kot!

And today,alhamdulillah lebih baik.Dah makan banyak  dan alhamdulillah jugak gigi aku tak nampak macam rompong sebab gigi yang dicabut kat belakang sikit.Immah so happy sebab 20hb ni nak pi hari anugerah dekat sekolah,takmau la orang ingat aku ni takdak gigi ka apaaa syukur syukurrr.

Setiap klinik gigi lain lain kot.Ada yang sebelum pakai dah cabut gigi.Depend to klinik.

And my tips in this entry,bila bleeding tak berhenti:MINUM AIR SEJUK.





Salam sayang,syadiya xx

#1 Giveaway by The Aaisy

Klik gambar untuk join =)

Thursday, 13 April 2017

Aldo Shoes For A Beach Vacation

Assalamualaikum,
Perempuan ni memang taknak pakai kasut yang sama atau macammana eh?Aku kalau boleh nak ada 10 pasang kasut so takyah nak gaduh sebab kasut asyik sama jaaaa.
Semorang ada citarasa yang lain lain bila tengok kasut,but this Aldo Shoes boleh memenuhi citarasa setiap perempuan without asking why or what.

By the way,Aldo Shoes ni brand yang popular sebab design yang memang cantik dan menarik.Aldo shoes ni banyak design contohnya sandals,high heels,wedges,slip ons,dan banyak lagi.So memang akan rambang mata kalau nak beli.For women yang memang tengah cari cari kasut yang sesuai untuk Beach Vacation,you all boleh try jenguk jenguk koleksi Aldo Shoes.

Ada tiga jenis Aldo Shoes yang sesuai untuk wanita pakai masa Beach Vacation or known as Percutian Pantai gitew.

First:Sandals
Sandals ni lagi trendi dari plain old flip flops(selipar) tau!Memang kita akan nampak flip flops ni sesuai untuk jalan jalan dekat pantai,tambah tambah lagi untuk orang pemalazzz,flip flop memang senang nak pakai,tapi trust me ,SANDALS is more stylish you know.So bila pakai Aldo Sandals ni masa Beach Vacation,dari tak nampak bergaya,terus nampak bergaya.Cuma sarungkan je kalau nak pakai Aldo Sandals ni,dan kau terus boleh jalan tepi pantai dengan selesa =)

SECOND:BALLERINA FLATS
Kalau nak nampak versatiles,kasut Ballerina Flats dari Aldo ni memang match dengan apapun baju.Kasut Ballerina Flats ni tertutup so nampak sopan dan sweet je bila pakai.Boleh try pakai Aldo Ballerina Flats ni dengan dress,shorts, or legging sebab memang nampak comel!Masuk dengan apapun jenis ootd .Bila melangkah keluar dari rumah nak pergi Beach Vacation pun rasa style je dengan Ballerina Flats ni❤️

THIRD:ESPADRILLES
Kalau nak pergi mana mana or bandar ka,tengok ahhh kasut Aldo Espadrilles niii! Comel sangatt.Im in love you with you betul.Kasut Espadrilles ni kureng feminin sikit dari kasut Ballerina Flats kalau nak dibandingkan,tapi kasut Espadrilles ni still boleh nampak style ok kalau pakai.Banyak design kasut Aldo  Espadrilles ni,so kita  boleh sesuaikan dengan perwatakan kita dan muncul bergaya masa bercuti.Yang pentinggg,kasut Aldo Espadrilles takkan jejaskan reputasi fesyen kita si perempuan❤️

So macammana nak beli Aldo Shoes yang gempak gempak ni ? Boleh search di google : Aldo Shoes Zalora. or KLIK SINI terus aku bawak ampa ke Aldo Shoes!

Salam sayang,syadiya xx

Collaboration with zalora

Tuesday, 11 April 2017

Hiking Gunung Semanggol

Assalamualaikum,
last week cousin aku beria whatsapp aku tanya (paksa lebih tepat) nak hiking tak gunung semanggol.To be honest,aku tak pernah sangat pun hiking.Last aku hiking bulan berapa entah,yang bawak anak anak murid mak aku hiking Bukit Relau.Then,pernah hiking tak sampai suku ke Bukit Larut sebab mak aku nak pitam.Ahahahaha last last turun balik.

Aku ingat hiking G.semanggol ni sendiri sendiri punya trip,rupanya sangkaan ku jauhhh meleset!Aku terus dimasukkan ke group 'trip hiking gunung semanggol 9/4/2017' trip orang rupanya.Ciss.Aku langsung tak bersuara dekat group tu.Just baca apa yang kena bawak.

Start daki pukul 4.30 a.m (i-was-shocked)dan jangka akan sampai pukul 6 a.m.Aku terima dengan hati terbukak untuk follow trip ni ok!Sebab utama,aku nak pegi temuduga IPG,yang perlukan metabolisme yang tinggi(semalam UKCG,and harini dah rasa freedom) dan lagi satu semangat nak naik sebab tengok ramai kawan kawan yang dah berjaya naik dan fikiran aku ni cakap,sat ja nak daki.Padahal...Dahla malas nak bebel pasal penat jerih aku daki .Sebab serius jalan curam,mengah gila.Nasib ada sweeper.Tengok?Aku dah bebelll!
 Tadaaa!Kamera aku memang suka buat hal kalau dalam gelap.Dslr sejenis penakut kepada kegelapan.Masa sampai puncak,terus azan subuh.Memang tepat tepat pukul 6 yeppii.

Model:Izzati aka sepupu si blogger

 Taktau camna sparkling tu terhasil.In real,takda pun that sparkle.Amboi dslr aku bahagia sangat lattew.

Model:Syazwani aka sepupu si blogger juga.

Bersyukur sampai atas,yang tak bersyukur bila tudung dah tak jadi bentuknya,foundation aku tempek dah hilang akibat peluh oh ya! My ikut darah-punya lipstick also gone!

390M k guys.

 Bukan group pakcik ni pun.Dia beria ajak selfie banyak banyak.Serius tak kenal depa ni sapaaaa.Hahaha sebab group kami dekat area lain.Datang area depa ni sebab senang nak ambik gambar.Last last ni yang terjadi.Hahahahaha

 Us❤️ from left:Me,Kakti(cousin,anak maklong),Eda(cousin,anak makngah),and Wani (cousin,anak maklong jugak)
 Limited painting from Him ❤️

Can't buy but can look and feel ❤️


im Slay and im also SLAYKEH.

 Ingat senang nak masuk betul betul dalam matahari ?Panas tau tak?Citt.

 Bayar RM5 untuk makan dekat atas.Not bad.

 ❤️
 Us❤️walaupun tak kenal sangat pun semua semua ni.

 ❤️From left;Kakti,Eda,Kak Eykin(kawan Eda),Wani and me.

❤️
Overall,this was a great trip for me!Kami semua turun balik pukul 8.30.Take time untuk makan dan selfie(benda wajib zaman sekarang).

Banyak banyak terimakasih untuk sweeper yang tolong jaga kami kalau kami tak larat.Baik betoi.Siap bagi cekelat.Aku siap nak termuntah lagi.Nasib sampai sampai baru aku muntah.Kalau muntah masa tengah hiking malu aku .Lol.Rasa nak hiking tempat lain pulak.Mihmih.

Salam sayang,syadiya xx.

p/s:Short vacay Cameron Highlands ritu pun tak habis habis lagi.Nak kena cerita jugak sebab bila baca balik rasa seronok.Ceh.