Tuesday, 21 March 2017

Jalan Jalan

Assalamualaikum,
Hai and apa yang hampa semua buat bila cuti seminggu begini?Tidur?Mula mula aku pun taktahu kata cuti.Yalah dah memang cuti berpanjangan selama 3 bulan mana nak sedaq oi.Hahaha.Rancang nak pergi Cameron Highlands jumaat ni,tapi tengok dulu keadaan macammana.Semalam birthday adik aku yang lelaki,abah ajak pergi Pulau Pinang.Dekat ja.Jalan kaki lambat la sampai,tapi kalau naik kereta laju ah.Kahkah.Pastu mengada semua benda nak kena ikut cakap adik aku mentang mentang birthday boy -_- dan bagi aku birthday dengan permintaan tiada persamaan langsunggggg!

Pergi dalam tenggahari,and dia yang decide walaupun dia bukan driver untuk pergi ke Design Village.Orang kata design village ni cantik boleh tangkap gambar lawa lawa.Tapi jenuh aku pusing cari tempat tu tak jumpakT^T sebab serius besaq sangat la design village ni.

Nilah adik sis.Nama dia syafi.Jangan pm mintak nak jadi adik ipar ok?Sebab adik saya ni pemalaz dan kuat makan.

Dah lama tak rasa sambil tangkap gambar,sambil tidur.Feeling gitew.Btw design village ni kadang kadang ada sale.Aku beli kasut sarung sale RM10 wehhh!Tak pakai lagi.Aku harap tak la tercabut tapak masa first pakai nanti.Kahkah



Pastu pegi seberang sana pulak.Sebab Design Village dekat Batu Kawan je.Ingat nak makan dekat Teluk Tempoyak.Ikan Bakar sana sedap sampai konfius nak nangis kegembiraan atau ketawa kesukaan.Hahaha.Last last tutup.Nampak sangat birthday adik aku betul betul malang=) Hahaha.

Pastu akak gigi besi pun gigih bukak google guna fon cikai dia nak cari kedai ikan bakar lain.First yang jumpak dekat google,Idrus Ikan Bakar.Pastu mak pulak guna google maps cari jalan.


Sambil tunggu makanan.Lapar sangat sangat waktuni.Jangan sampai aku terbunuh orang sebab lapar sangat.Hahaha!

 Ambil lauk sikit sikit duluuu.
 Tomyam campur.Rating 4/10
 Ikan bakar jenahak and siakap.Rating 7/10
Kangkung goreng belacan yang dah terlunyai ni boleh tahan la sedap.Rating 8/10

Sedap kangkung dilunyai oleh tangan mak aku.


Ada lagi makanan,semua makanan : 
-Sotong celup tepung rating 6/10,dah masuk dalam perut awal awal so tak sempat snap.
-Kangkung goreng belacan
-Siakap and Jenahak bakar
-Tomyam campur

Air pulak limau asam boi serius sedapp! 10/10 aku bagi.And overall okayla,not so bad sebab dekat Teluk Tempoyak lagi sedap.

salam sayang,syadiya.xx

No comments:

Post a Comment