Wednesday 29 March 2017

BRACES PART 2: ulser datang (17 DAYS)

Assalamualaikum,
"This week is not my lucky week "kata hati kecilku.Tak pun kata hati besarku.The pain is destroying me until now!Sebelum aku pakai braces,aku banyak refer blog kak Paten Liyana yang doktor tu.Dia kata pakai braces akan 'tumbuh' ulser dalam 2-3 ketoi.Pastu when i start wearing braces,ulser tak mai mai pun.Macam riak astagfirullah masani menunggu ka hapa aku ni? Hahaha!Pastu besi start panjang,besi dah mula kikih bibir sikit demi sikit dan ulser pun muncul.Nilah proses ulser muncul secara caca marbanya.

Sekarang kat mulut aku dengan jayanya dia(ulser) membiak sebanyak 4.Satu dalam proses pemulihan akhlak.Yang lagi tiga tu dua dua belah kiri.Jadi aku dengan penuh gigih kunyah makanan belah kanan mulut dan makanan sering tersekat di skala 6(wadde?).Kadang rasa malas gila nak makan sebab kena kumur sampai makanan yang tersekat sekat tu boleh berambus dan dengan jayanya keluaq dan lagi satu malas sebab omomomo cute ulser dalam mulut buat konsert.(Amat perlu aku letak omomo tu sebab kesakitan dia ditahap sakit gak ah).

Pagi semalam aku bangkit,ulser sakit.Pastu aku punya muka berkerut pehal pipi aku pun sakit?Bila tekan ja dia sakit.Bila picit sikit pun macam nak keluaq aiq mata tapi kena tahan sebab perempuan harus kuat(pebenda la?!)
Pastu taktahan sangat sebab simpan seribu satu persoalan dalam otak aku,aku tanya mak aku "kenapa pipi adik ni bila tekan ja sakit?" dan baru ku tahu bila ada ulser,sekali pipi sakit.Rating kesakitan 8/10 sebab masih boleh berjalan,makan dengan banyak (sebab lapar tahu?) , masih boleh bercakap dan gelak walopon sakit.

TIPS aku:
1)Kumur air garam banyak kali.Kalau rasa mampu buat 10 kali sehari silakan.Jika takdak sapa nak halang,teruskan 20 kali sehari .Hahahaha.
2)Bila nak berus gigi kannn,confirm sakit dia rating 10/10 sebab sakit nau nauu=') .Cara aku,beli ubat ulser yang untuk bagi kebas tu.Kebas pun tak lama .Cis.Lain kali bagi kebas sejam dua boleh takkk?! So bila dah letak ubat kebas,senang la nak gosok gigi sebab tak rasa sangat.
3)Letak wax.Kalau taktau camna nak letak wax dekat braces.Search youtube :HOW TO APPLY WAX ON BRACES.Omputih ada tunjuk.Ommelayu takdak lagi.

Masa first week pakai i feel like "rasa nak bukak skarang jugak wadahek so sakit!" tapi sekarang dah jadi boek =)

Salam sayang,syadiya xx

Read more about braces: 
BRACES 1

Tuesday 21 March 2017

Jalan Jalan

Assalamualaikum,
Hai and apa yang hampa semua buat bila cuti seminggu begini?Tidur?Mula mula aku pun taktahu kata cuti.Yalah dah memang cuti berpanjangan selama 3 bulan mana nak sedaq oi.Hahaha.Rancang nak pergi Cameron Highlands jumaat ni,tapi tengok dulu keadaan macammana.Semalam birthday adik aku yang lelaki,abah ajak pergi Pulau Pinang.Dekat ja.Jalan kaki lambat la sampai,tapi kalau naik kereta laju ah.Kahkah.Pastu mengada semua benda nak kena ikut cakap adik aku mentang mentang birthday boy -_- dan bagi aku birthday dengan permintaan tiada persamaan langsunggggg!

Pergi dalam tenggahari,and dia yang decide walaupun dia bukan driver untuk pergi ke Design Village.Orang kata design village ni cantik boleh tangkap gambar lawa lawa.Tapi jenuh aku pusing cari tempat tu tak jumpakT^T sebab serius besaq sangat la design village ni.

Nilah adik sis.Nama dia syafi.Jangan pm mintak nak jadi adik ipar ok?Sebab adik saya ni pemalaz dan kuat makan.

Dah lama tak rasa sambil tangkap gambar,sambil tidur.Feeling gitew.Btw design village ni kadang kadang ada sale.Aku beli kasut sarung sale RM10 wehhh!Tak pakai lagi.Aku harap tak la tercabut tapak masa first pakai nanti.Kahkah



Pastu pegi seberang sana pulak.Sebab Design Village dekat Batu Kawan je.Ingat nak makan dekat Teluk Tempoyak.Ikan Bakar sana sedap sampai konfius nak nangis kegembiraan atau ketawa kesukaan.Hahaha.Last last tutup.Nampak sangat birthday adik aku betul betul malang=) Hahaha.

Pastu akak gigi besi pun gigih bukak google guna fon cikai dia nak cari kedai ikan bakar lain.First yang jumpak dekat google,Idrus Ikan Bakar.Pastu mak pulak guna google maps cari jalan.


Sambil tunggu makanan.Lapar sangat sangat waktuni.Jangan sampai aku terbunuh orang sebab lapar sangat.Hahaha!

 Ambil lauk sikit sikit duluuu.
 Tomyam campur.Rating 4/10
 Ikan bakar jenahak and siakap.Rating 7/10
Kangkung goreng belacan yang dah terlunyai ni boleh tahan la sedap.Rating 8/10

Sedap kangkung dilunyai oleh tangan mak aku.


Ada lagi makanan,semua makanan : 
-Sotong celup tepung rating 6/10,dah masuk dalam perut awal awal so tak sempat snap.
-Kangkung goreng belacan
-Siakap and Jenahak bakar
-Tomyam campur

Air pulak limau asam boi serius sedapp! 10/10 aku bagi.And overall okayla,not so bad sebab dekat Teluk Tempoyak lagi sedap.

salam sayang,syadiya.xx

Friday 17 March 2017

SPM results

Assalamualaikum,
Pertama sekali,aku nak ucap terimakasih dekat semua yang dah doakan aku cemerlang SPM.Kenapa aku tak henti suruh doa?Sebab:Ustaz aku pernah kata, jangan jemu berdoa,mana tahu salah seorang yang berdoa tu,doa dia diangkat ke langit tanpa hijab?Haaa.Abaikan jelah bila orang akan kata "bajet ah nak suruh doa bagai" .Benda baik kot doa tu hang kenapa?-.- Hahaha

Alhamdulillah.Rezeki.Usaha,dapat 8A2B.Reaksi aku adalah menangis semahu mahunya.Malu noks naik pentas cikgu tangkap gambaq berambu aiq mata oi!Jangan tiru aksi aku.Hahaha.Aku sekolah dekat sekolah yang Syatilla Melvin sekolah.Parit buntaq yall.Bajet sangat.Hahaha.Slip pun dah terkeronyok bagai tiada henti sebab pegang,peluk,cium,nangis dekat orang sambil pegang slip.

Orang dengki sibuk tanya,"berapa?" dan bila dah cakap,macam nak siniskan kita.EH KO TU PANDAI SANGAT KE?!
Bukan nak buat cerita tapi nilah lemahnya melayu kita,asyik nak perli dan kutuk tanpa tahu usaha yang dah aku buat.Meh aku nak cerita:

Aku tak jangka inilah result yang aku dapat.Sebab i didnt expect anything.Bagi aku,ada rezeki ada.Takda rezeki,hari lain mungkin Allah bagi.Tahu aku buat apa untuk sampai ditahap ini?Aku tak main fon.Aku budak asrama,dan fon adalah musuh nombor satu.Semat ketat dalam otak FON MUSUH NOMBOR SATU.Lepastu,aku kena hadap norms asrama dimana bila kau masa hostel,kau kena jadikan kebisingan itu satu lumrah.Perempuan oi.Kalau dua orang pun berterabur cerita depa sembang.Inikan pulak 18 orang dalam dorm.Adik dorm kesayangan saya,if you're reading this:maafkan salah silap saya jika dah memaki hamun hampa suruh diam.Tahukah anda stress spm adalah stress ditahap lutut bergegar?Hahaha.Aku masuk hostel form5,niat aku nak keluar lepas mak abah aku balik haji,tapi tak kesampaian.Masa aku gedik nak keluar,serious talk aku cakap,aku tak pernah rasa aman duduk hostel sebab ya, I WANTED TO ESCAPE! Tapi lepas dah tak boleh keluar,kehidupan aku di asrama start as a sincere girl.Ikhlas untuk buat semua benda.

Aku taksuka bila duduk asrama,mandi pakai cebok,baju basuh guna tangan.Bagi aku renyeh la!Tapi lepas aku ikhlas,everything went good.Yang penting kita ikhlas.Aku korbankan masa aku tidur.Aku budak akaun.Ambik 10 matapelajaran.Nak balik awal memang tak ah(tapi kalau cikgu meeting or something else,dapatlah chance balik awal).Balik everyday 2.15 kecuali hari jumaat ah kan.Lepastu 3.30 prep.Pandai pandaila curi masa dari 2.15 sampai 3.30 untuk makan,mandi.Selalunya aku tak mandi,aku makan ja.Aku curi masa 30 minit tidur sebab aku tau takkan ada masa untuk tidur dah.Ini bukan keluhan,tapi inilah yang awak kena buat untuk hadapi kejayaan,iaitu pengorbanan.

Lepas prep petang baru mandi.Pastu aku gigih taknak tidur.Tapi adakalanyaaa aku kecundang.Kahkah.

Dan wajarkah aku dikira sebagai tak layak untuk result di atas?Aku expect aku dapat straight sebab yalah penat sangat apa yang aku dah buat.Hahahaha tapi 8A pun dah rezeki sangat.

Terimakasih yang tak terhingga,Allah SWT yang izinkan aku dapat result cantik macam dekat atas.
Terimakasih mak abah sebab selalu faham adik.Gigih hantar makanan and others masa adik duduk hostel.Tak pernah kedekut bila nak beli buku rujukan.Tak pernah jemu datang ambik untuk kelas tambahan.Semoga makin dilimpahi rezeki.Boleh share dengan anakmu .Ahaks
Terimakasih cikgu bm saya(Cikgu Jamiah).Cikgu bm aku suka bagi karangan,and as usually everyone never love it! Hahaha.Tapi dia ugut cakap kalau tak buat,jaga.And aku gigih siapkan dalam 2 waktu dia.Walopon karangan aku macam asdfghjkl .Asal siap.Ni prinsip amanah watonah aku.Haha.Pernah sekali cikgu hadiahkan aku pen sebab selalu siap karangan.Lebiu cikgu.
Terimakasih cikgu bi saya (Tc Naz).She's so spoting tersangat sangat! Maafkan saya dapat B+.Selalu exam A.Alasan aku:perut saya krem masa buat essay.Zzzz.
Terimakasih ustazah agama saya (Ustazah Maspinah).Aku suka terlena kelas agama.Bukan apa,syaitan laknatullah biasala suka mai kacau time time topik agama.Pernah tak tahan sangat,bantai jala tidur.Pastu ustazah kata "takpa dia tidoq,saya tau telinga dia masih dengar apa saya kata" Hahahahaha!
Terimakasih cikgu sejarah saya (Cikgu Jamil).Ya Allahhhh,betapa aku bersyukur untuk memiliki A- T^T.Aku dahla banyak hentam.Paper 3 pulak tulisan macam ayam berak kapur bagai tiada hari esok.Hahahaha.
Terimakasih cikgu matematik saya(Cikgu Shaharatun).Kadang taktahan aku tidur jugak masa math,aku bila bila pun mengantok.Tambah masa peak hours iaitu pukul 11-12.Meja keras memanggil manggil sentiasa untuk tidur.
Terimakasih cikgu sains saya (Cikgu Zurina).Masuk Lab ja ,asyik main main.Kalau ada eksperimen ja,seronok duk kacau orang.Tampar punggung orang then blah.Kahkah.Kalau main main dalam lab ja,mesti cikgu kata "Syadiya!jangan bersembang.saya potong markah kamu nanti!" K.K.K.Hahaha.Paling syahdu bila cikgu sains aku tulis dekat buku sains aku "kerja yang kemas,saya doakan kamu cemerlang":')Dan doa cikgu dah makbul.
Terimakasih cikgu addmath saya(Cikgu Azma).Saya bersyukur dapat B.Sebab masa exam dulu,asyik D dan C.Saya mengharapkan A-,Tapi A ada kaki dua,dia lari laju susah nak kejaq.Punchline apakah.
Terimakasih cikgu akaun saya (Cikgu Hazlan).Taktau cammana cikgu aku boleh ada banyak masa untuk potostatkan latihan untuk kami semua.Macam satu keajaiban u.u .Suka sangat akaun,sebab minat!
Terimakasih cikgu ekonomi asas saya (Cikgu Basirah).Cikgu yang ceria sangat dan selalu manjakan sebab asyik bagi nota! Hihi.
Terimakasih cikgu ICT saya(Cikgu Razak).Rajin buat kelas tambahan,dan aku tak jangka dapat A- sebab rasanya teruk sangat aku buat  dann soalan susah.Tapi kerja kursus is really a good helper.

Dan yang tak terhingga,kakak kakak saya.Syaza and Amira.Tua setahun tapi rapat gila duhh.Hahaha.Depa banyak bagi tips kat aku,buat ini buat itu and its work.Bangga saya kerana dapat cikgu umoq 19 tahun.Haha

Forgive my smile.Buruk nya tak reti dah senyum lepas pakai braces.Dem.Hahaha.Ni kawan boek saya,nama dia Nur Syaza.Nama sama dengan kakak aku.Jangan confuse.Hahaha.Terimakasih selalu dengaq aku ajar hang math walaupun hang tak berapa nak faham or hang memang faham?Sebab aku cakap macam machine gun tiada pengakhiran.Hahahahaha and Tahniah Jaja! Ilapyouuuu.
Banyak betoi dawai berselirat dalam gambaq ni.Ni kawan boek kita juga,nama dia Anis Atira.Tahniah anis dapat naik pentas jugak!
Berjemaah campur campur with classmate,cikgu,mak mak ,bapak bapak.Aku datang dengan abah aku.Tah masani dia tengah chitchat dengan cikgu lain.

Panjang sangat ah post kalini,tips how to study nanti aku bagitau lain eh?Tapi kalau nak baca entry 10 Tips Bila Kau Exam ni pun boleh=)

Salam sayang,syadiya.xx

Wednesday 15 March 2017

If You Are Reading This

Assalamualaikum,
if you are reading this,please pray for my spm results.

SALAM,syadiya xx

Sunday 12 March 2017

BRACES PART 1 : im wearing braces

Assalamualaikum,
Aku sejenis yang dapat gigi tak lawa langsunggg(tapi bawah lawa) dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk memakai pendakap gigi.Banyak tanya kawan "sakit tak?" dan jawapan yang selalu dengar "sakit" tapi riak depa kata sakit tu takdala sakit yang teramat.And luckily...

"im wearing it" on 12/3/2017

Soalan pertama orang tanya aku:
Sakit tak?
jawapan:Pakai tak sakit,yang sakit malam,esok pagi and kawan aku bagitau maybe 1-2 weeks sakit lagi.And i know,beauty is pain and paid!

Dah paid kannn,orang tanya pulak:
Berapa harga?
jawapan: Aku pegi swasta sebab aku dah habis sekolah nak mintak kerajaan wajiblah dia tak bagi -_-.Harga around 3k.Aku rasa swasta tempat aku buat ni paling murah berbanding yang lain nak cecah 4,5k.

Berapa hari dah pakai?
jawapan:Baru 2 hari tapi saja gatal nak update blog! Hahahaha sejarah ini harus disimpan.Nanti bila aku dah bukak braces mesti aku akan gelak tengok kebodohan aku menulis.Kahkah.
By the way,aku baru pasang atas sebab ada masalah  gigi aku ni tak boleh nak pakai bawah lagi.Tapi pakai atas pun,dia punya kenikmatan sakit itu berskala ritcher jugaklah.6 bulan lagi pasang bawah.

Mana gambar?
jawapan:tak boleh gambar lagi.tak larat nak buat apa kecuali bukak laptop.Alasan jatuh bergolek ditahap gred F.

Makan apa?
jawapan:Makanan lah!Tak sebenarnya masa mula mula pakai aku pegi makan KFC woi.Yang mash potato campur dengan ayam tu.Tapi aku makan mash potato jela.Yang lain nak makan sakit rupa rupanya.Baru ku tahu.Pastu petang pulak makan laksa,sekali kuah dia melekat kat gigi! Hahaha! Pastu nak jelma malam dah,lagi ketara sakitnya.Rasa bergoyang goyang gigi buat konsert dangdut.Panjang pulak aku bebel,ha sebenarnya aku makan bubur.Cara aku buat bubur,masak nasi+masukkan nasi dalam blender+masuk air+blender,then tumis bawang putih,bawang merah+masukkan bubur tadi+daun sup cincang sampai lunyai(kalau tak lunyai susah nak makan)+ikan bilis bukan iblis ye ? yang dah digoreng then tumbuk sampai lunyai jugak.campur campur.siap!

Air pulak aku hentam keromok hari first dah minum air milo ais bagai,siap ais kacang lagi aku tibai.Kahkah.Sekarang aku minum air masak banyak banyak sebab takut ada ulser.

If you wearing braces for a long time,please and please comment in this entry to tell me what do you eat at the first term.

Salam sayang,syadiya xx

Friday 10 March 2017

REVIEW MOVIE: LOGAN

Assalamualaikum,
Dah tengok Logan belum tu?Hehe.Al kisah kawan aku yang aku tipu nama dia Maggi padahal Umi tu ajak aku tengok wayang lagi cerita Logan.Aku macam taknak ah sebab nama cerita ni tak sedap💀.
Padahal bang Logan ni punya famous dalam cerita X-Men.Aku taktau pun nama dia Logan.Aku panggil dia abang Wolverine.Lol bongok.Hhahaha
Seronok aku sebut nama dia "LO-GAN",pastu kawan aku perbetul suruh sebut "Lo-GERN"repeat 100kali aku sebut salah.Ah kisah.

From instagram story.Do follow @syadiyakhairul (tak follow siap!)
Pergi bertiga je;Aku,Umi,and Pikah.
Aku rasa cerita ni paling lama sampai terasa panas punggungku!Hahaha.Oh ya btw im not a big fan of X-Men so jalan cerita yang aku bakal cakap nanti agak serabut sikit tauu.

So here:
Wolverine ni jadi abang uber pulak dah dekat bandar untuk sara Canibal and Charles.Charles ni agak nyanyok dah tua 90-an.Cakap pun merapu raban kadang.Pastu ada seorang lelaki(ntah dari mana)datang naik uber Logan(wolverine)and tanya pasal Mutan.

Si Charles pulak tak habis2 bagitau Logan yang ada mutan baru after a long time takda mutan.Tapi Logan tak percaya sebab pikir Charles ni takleh dipercayai.Tengok-tengok ada perempuan mintak tolong Logan hantar dia and anak dia pergi satu tempat selamat.Padahal anak perempuan tu bukan anak betul dia pun.Dia cuma nurse yang bawak lari budak tu(Laura).And sebenarnya Laura tu anaknya Logan.Benih gitew.

Overall ceritani bagi aku banyak pasal sacrifice la.Takleh cerita banyak.Kena tengok sendiri.Bahahaha kuajo akuni.

Jangan keliru tau,HAHAHAHAHA👇👇👇


Rating:9/10 sebab ending dia buat aku nak teriak.

Salam sayang,syadiya xx

Thursday 9 March 2017

Kira Apateww?

Assalamualaikum,
like seriously it's just 7 days left before spm results will born?Huh.Aku cukup tertekan bila nak sembang pasal result spm.Nak pakai baju apa ambik result?Lipstick kaler apa?Bedak camne?Hahahaha kebodo tak penting semua tu.The feeling when you're not the person that will be call to the stage?

Jalan mudah aku ambil,takyah pegi sekolah ambik result la😊It's too depress to remember :

Oh 6 days left!
Oh 5 days left!
Ya tuhan 4 days left! 
Please come on gais let we do housechores than remember and countdown the day the result will show out!Soalan cepumas tahap tak ber emas when people keep asking me :

"berapa hari ja lagini.apa perasaan?"

Ntahla.Jawapan cliche aku;
Cemerlang atau kecundang?(REPEAT UNTIL PEOPLE GET JERK WITH ME HAHAHAHAHAHAHA I DONT CARE)
"okay semua dah boleh senyap semua senyap semua senyapp senyapp"

Salam sayang,syadiya xx

Monday 6 March 2017

TIPS FOR MAKEUP

Assalamualaikum,
Pis pisss this is a hack tau?Hahaha.Aku bukan nak ajar makeup yang jenis power power macam kat youtube tu sebab basic pun ZERO.HAHAHA.

1)CARA MELICINKAN BIBIOR WHEN WEARING LIPSTICK

LIP BALM
Okay ni ha lip balm yang paling aku minat sangat tahap anoreksia nervosa.Ehehe.Lip balm ni mak aku beli masa pergi makkah haritu.Anyone know mana jual dekat Malaysia bagitau tauu?

LIPSTICK
Whatever lipstick you have.Ni aku beli harga murah jeni sebab aku mana beli yang mahal cukuplah mampu memerahkan bibir.

CARA: Pakai lipbalm (jangan tebal sangat) and ratakan di sekeliling bibir,and then apply kan lipstick dekat bibir.It will be smooth.Tak kasar.Senang!


2)CARA MELENTIKKAN BULU MATA TAHAP MACAM PAKAI BULU MATA PALSU
MASKARA AND PENGEPIT BULU MATA
Maskara murah and pengepit bulu mata pun murah dari MR DIY.Hm sejenis pelik akuni beli kat MR DIY.Haha!

The hack:
First,kepitkan bulu mata padat padat kepitnya.
Second,apply maskara.
Third,lagi sekali kepitkan bulu mata.
Last,apply maskara.

Ulang dua kali jeppp.Kalau banyak kali pun boleh =)

Hope can benefit the reader! 
Salam sayang,syadiya.xx

________________________________________________________________________

HADIAH GIVEAWAY INDIA AND TAHUN BARU BY DYLLA REZAN
Thanks a lot kak Dylla Rezan!=) Semoga murah rezeki.

Thursday 2 March 2017

REVIEW MOVIE :Syurga Yang Tak Dirindukan 2

Assalamualaikum,
Ada satu malamni,astro oasis ada pasang cerita Syurga yang tak dirindukan 1.But ya,i refused to watch sebab pikiran aku kata "cerita indon sama,lupa ingatan plus tertukaq anak" majornya kan?Semorang tau aku rasa.Hahaha.Jadi aku bekeras takmau tengok.Mak dengan abah punya asyikk banget sih nontonnya.Aku pulak spesies chipsmore.Jarang ada kat ruang tamu nak join tengok TV.Kalau keluar pun nak ambik barang apa apa.

Pastu, kawan aku nama dia maggi.Ah bukan aku tipu.Nama dia Umi=) Hahaha.Dia ajak aku nengok wayang cerita Syurga yang tak dirindukan 2.Aku pun macam..

"this story"

"yang aku taknak tengok dkt TV haritu"

"sambungan dia?!!"

Pastu gelabah bewak bagitau aku tak tengok SYTD first.Umi kata jangan risau sebab dia ada share full cerita SYTD 1 dekat facebook dia.Maka secara tewasnya aku tengok SYTD 1 dengan so mix feeling.Nak nangis mak aku ada pulak masa aku tengok.Dan dan acah acah gelak part lawak.Hahaha!Sesiapa yang nak tengok SYTD PART 1,cari je kat fesbuk:) Berlambak bagi free.

Aku pun dah taktau mana satu hero heroin dia.Senang cakap ada dua hero,dua heroin.
First hero (oh my love!) :Fedi Nuril as Mas Pras
First Heroin:Laudya Chynthia Bella as Citra Arini
Second Hero(I love him too!):Reza Rahadian as Sharif
Second Heroin:Raline Shah as Meirose

This is the most conflict story.Im going to cry but aku malula nak nangis bagai ni ah plizzzz.Hahaha.Okay sambungan dalam SYTD 2;

Arini and her daughter,Nadia going to Budapest,Hungary sebab terima undangan untuk promosikan buku yang dia sendiri tulis.And badly (or you want me to say goodly T^T) Arini bumped with anaknya Meirose;Akbar Muhammad,and it was the starting to everything.Masa ni jugak Arini terima untuk buat sesi temu bual and tandatangan dari peminat buku dia and one  of her fans is Doc Sharif(Reza Rahadian).

Sharif requested Arini untuk datang jumpak anak anak murid Doc Sharif which are from a leukimia children and etc.

Okaylah aku pendekkan lagi sebab aku macam nak cerita semua .Huwa help me help me im sink! Hahaha.Okay,masa Arini and Nadia(her daughter) pergi shopping,Arini have fainted.And when they arrived at the hospital,the doctor was Doc Sharif.A miracle and ya...just a story.Kebetulan itu satu dalam sejuta aku rasa.Ok aku sambung,Doc Sharif bagitau Arini yang she is suffering brain cancer stage 4.Sebab sebelum ni,Arini memang ada cancer rahim tak silap tapi doktor Arini bagitau dah pulih.Yang tahu keadaan Arini masatu cuma Doc Sharif and her daughter ,Nadia yang pasang telinga dari toilet.Hep,tak baik tau jadi telinga kuali!

Dari situ Arini dah start rancang nak jodohkan balik her husband and second wife,Meirose.But at the same time,Meirose nak failkan cerai dekat Mas Pras sebab Doc Sharif is her love one.KEBETULAN APAKAH LAGIII?! After 2 days at Budapest,Mas Pras pun datang menyusul Arini.Masani Arini dekat rumah Meirose.Pelagi tekezut la Mas Pras jumpa Meirose.Btw aku rasa Pras ni memang suka Meirose pun.

Day by day,Arini always look pale,rawatan semua dia taknak.And dia pengsan.Ha,kalini rahsia semua dah terabur semua tahu termasuk laki dia T^T

Okaylah cukup bagus bin baikla aku cerita teruk teruk sampai sini.Nak tengok ending?Pila tempah astro first .Hihi.

Ha lupa nak bagitau,Nora Danish pun berlakon tau dalam SYTD 2:) Pelakon tambahan as PA Arini.

RATING: 10/10

Salam sayang,syadiya.xx

Giveaway by FatinDiana

Klik banner di atas untuk join

DO LIKE