Thursday, 17 September 2015

Ragu ragu dengan otak.

Assalamualaikum,
Rindu dengan zaman sekolah rendah.Belajar mengira pakai otak sendiri.100 tambah 259 pun pakai otak.UPSR kena cari ceruk ceruk ruang kosong buat mengira.Masani zaman kalkulator tak wujud lagi.Polos gila ok aku mengira kalau boleh sampai esok.Keyakinan lak tinggi sebab rasa jawapan betul padahal kut kut la ada sangkut kat mana mana.Contohnya 2 tambah 3 dapat 6.Padahal silap.Tapi selalunya budak budak sekolah rendah ni mestilah dipupuk dengan sifat semak semula setelah mengira.Otak aku gila cergas mengira sendiri guna jari,kaki,tak cukup kaki tambah pensel buat jadi jari ke 11.Kekekeke.

Tapi sekarang,masuk alam sekolah menengah mulalah rasa "hai budak sekolah rendah,ko tengokla aku,aku guna teknologi kau masih sengkek.kakakakaka".Masa form1 ni kurang sikit guna kalkulator.Sebabnya exam asek tanpa kalkulator ja=') so takboleh sangat nak poyo bahawa akulah si pengguna teknologi dengan pantas.Sobs.Masuk form2,form3 seronok sangat menikmati perasaan yang kalkulator boleh dibawa apabila peperiksaan dijalankan.Of kos la nak bermegah dengan hadek hadek yang lain.(padahal lagi melembabkan otak).Kemain tau mengira soklan no 1 matematik objektif sepantas kilat aje.Tak sampai tiga minit dah lepas ke soklan 5 .Wah kau kemain gah dengan si kalkulator ya syadiya.Perasaan ni ada masa menengah rendah je tau.

Nak tahu perasaan masa dah masuk menengah tinggi ni?
Bila aku buat math,tambah tambah lagi buat addmath selalu sangat nak kalkulator ada disisi walaupun kadang kadang penambahan,penolakan,darab,bahagi adalah benda yang budak budak darjah 1 pun boleh melakukannya.

Beginilah ya nasib si otak yang ragu ragu.Rasanya otak ni pun dah kena ikut dengan kata hati yang suruh si kalkulator mengira benda benda simple macam 1 tolak 0 diatas.Kekekeke.Sampai kalau buat addmath cikgu cakap "cuba guna otak,jangan letak otak dekat kalkultor.benda senang". Sendu gila tau dengan diri sendiri yang entah hapa hapa ntah sebenarnya.BENDA SIMPLE KOT! Tapi sebenarnya cakap jelah ko pun same kan? *angkattkening hahahahaha.
Kadang kadang,dah kira dah pakai otak.Tapi sebab benda jadi ragu ragu kan, jadi aku pun terdetik "ayuhla kita menggunakan teknologi ini".Lepastu pulak rasa macam benda pro kan boleh tekan tekan jadi aku pun mulalah menekan dengan laju . Katakan : 198765432 aku pergi tekan 198766432111 haa kemain lebih angkanya sebab gelojoh nak mampus.kekeke.

Benda macamni selalu jadi kut rasanya?Faktor lebih mendalam sebab nak bersaing dengan kawan.Mana boleh hang dapat jawapan dulu! Let me said the answer lah wei.Gitew.Aku macamnilah.Selalu sangat macamni.Nak jadi juara queen of the calculator dalam kelas okay.Hahahahaha.
Jadi sebenarnya sikap ni tak elok pun.Kesian dekat otak kita sebab kita asek ragu ragu je dengan dia.Maafkan saya ek otak.Saya tak nampak awak,so saya rasa kalkulator yang kuno tu cam indah lak =') .Mesti otak sendu tuan dia berperangai laknat gini.Kkekekeke.

Okaylah,tuje entry kalini.Lepasni kita asah otak sama sama ya!

Salam sayang,syadiya.

Friday, 11 September 2015

Aktiviti Menanam Pokok

Assalamualaikum,
di petang hari yang hening selalunya aku buat taik mata sebab hidup aku ni kan cam hectic jarang nak beriadah jengah keluar hirup udara segar belakang rumah kepe.Jadi tadi tak ku sangka dan tak ku duga,mak aku memborong banyak gila pasu pasu bunga.Dia cakap nak menanam pokok cabai (cili).Aku pun macam endah tak endah sebab aku tahu pokok pokok dengan pasu pasu tu semua takda kena mengena dengan aku.Ayat bangga macam memang takkan jadi mangsa anak buah mak nak menanam pokok.Sobs.
Jadi tadi,aku pun nak melelapkan lah mata buat kali kedua setelah selesai membasuh dan menyidai baju pada pukul 4 30.Tiba tiba,aku dikejutkan dengan suara seorang ibu yang sayup sayup mengetuk pintu mengatakan:
Adik,jum tolong mak tanam pokok.
I was like OMG!Tertimbus niat suci murni nak tidur,tapi disebabkan aku seorang anak yang taat lagi menghormati ibu,maka aku pun terus menyalin baju,pakai tudung lelawa sikit sebab nak tolong mak aku menanam pokok.Mesti si pembaca menyoal perlu ke lawa lawa?Haruslah,baru lah pokok tu tumbuh! Hiks (takda kena mengena) padahal aku dah target nanti nak masukkan gambar gambar dalam blog buat tatapan pembaca pembaca sekalian =)
Pokok yang akan ditanam adalah pokok cili dan juga pokok anthurium.Nama kemain gah ye kau pokok.Tapi sebenarnya penanaman lebih kepada pokok cililah.Pokok cili ni dah lama mak aku beria nak tanam sebab makcik aku tanam pokok cili berbuah lebat gila so takpayah nak pergi beli dah.
Mak aku ni jenis semua benda kalau boleh nak tanam.Haritu pokok pelam,pastu kangkung,pastu halia.Bukan apa sekarang ni jimat kalau tanam.Cuba tengok bunga kantan sekarang satu dah rm2.Mahal tau! Lebih baik menanam dapatlah 2,3 buat laksa free bunga kantan.Ni tidak,mahal nak teriak aku.

 Jadi,pokok yang ditanam adalah anak anak pokok cili yang comel dan menawan.Ada setengah dah layu sebab kesibukan hidup membuatkan anak anak pokok cili ni terbiar seketika oleh mak aku.Sorry pokok cili.Harap awak tabah.Hahahaha.Nama pun nak menanam,maka haruslah yang wajib ialah pasu.Nampak tak pasunya banyak mana?Sayalah yang mengangkutnya turun dari kereta.Semua pasu baru beli dari kedai pasu india.Ekekeke. Aktiviti petang ini bertiga sahaja.Aku,mak dan si kecil adik aku,Wiwin.

Sebelum meletakkan tanah ke dalam pasu,perlulah beringat untuk menutup lubang lubang pasu tersebut.Japgi kalau tak tutup tetiba tanah terkeluar dari bawah jangan nak kerek cakap pokok tu berak pulak.Hahaha! Tugas aku tolong mak aku 'senang' je.Angkut tanah yang ala ala dah dibakar belakang rumah.Tupun mengah nak mencangkul sebab peralatan untuk menanam pokok ni semua dekat rumah lama.Jadi segala peralatan yang ada harus bijak digunakan.
Muka rajin menolong bersama seluar dari Medan lima belas hengget dengan tudung siria tepi jalan sepuluh hengget.Takpayah nak pakai baju scarlet bagai kalau sebenarnya nak angkat tanah je.



Lepas dah angkut tanah bakar tadi,masukkan setengah dalam pasu.Lepastu,masukkan pulak tanah lain.Aku taktahu tanah apa tapi yang pastinya tanah tu dalam guni besar tu.Makcik aku bagi dekat mak aku.Lepas dah masukkan dua dua,gaul sebati.Macam main masak masak pulakkan =) Lepastu buat lubang sikit,masukkan anak pokok cili tadi dan timbus guna tanah.Masani aku kena complain dengan mak.I said to her:
Mak,perlu ka guna tanganni?Gelinya.
Mak:Lepastu macammana nak tanam asdgfghjkl .
   Sendu gila tau mak cakap macamni.Hahahaha!Pastu mulalah aku teringat,dulu mak pernah cakap dekat aku : Budak sekarang ni nak tanam pokok pun tak reti.Semuanya menanam dekat facebook.(farmville)
 

Jadi,lepas dah tanam cecantik,bagilah anak anak cili ni minum sikit supaya cepat besar jadi cepatlah tuanmu boleh makan cilisss bebanyak.Pokok cili sudah selesai! Makanya,pokok kedua seperti yang aku sebutkan juga ditanam iaitu pokok anthurium! Pokok anthurium ni tanam anak anak dia jugak.Mak aku beli rm14.Dekat pasu tu tepi tepi melekat anak anak anthurium.Dapatlah dalam 6 anak pokok bila diasing asingkan.Pokok anthurium tu acana yaa? 
Inilah pokok anthurium ya anak anak.Pokok anthurium ni sekali tengok macam tak percaya je betul atau plastik.Pastu tadi mak aku hias letak tepi rumah.Then abah cakap "ni plastik ka betulni?" Hahahaah! 
Anak anak anthurium yang boleh ditanam yang warna hijau kecik kecik bawahtu =) gambar tak disertakan sebab masani aku dah letih menolong.Baru sekali weh.Belum banyak kali lagi mengadap tanaman tanaman hijau ni.Paling seronok badan memang sihat sebab peluh merenek renek keluar.Karangan bm lepasni haruslah menulis tentang faedah berkebun ataupun menanam pokok.Kuikui.

Jadi,setakat ini sahajalah my first experience menolong mak menanam pokok.InshaaAllah ada rezki tanam anggur lak saya akan kongsikan ya.kekeke.
Hey makcik sana tu,jumlah kita menanam.

Ohya sebelum terlupa,kamera yang aku guna ialah nikon d3100 yang berabad punya dah.Kamera ni dibeli sebenarnya kepunyaan mak aku turun dekat aku sebab aku je macam reti guna.Harga?Masa beli 4 tahun lalu rm1300+ gitu lah.Sekarangni mungkin dah murah sebab dah 4 tahun berlalu.Okay tuje.

Salam sayang,syadiya.
 

Thursday, 10 September 2015

Nak buat cane lagi.

Assalamualaikum,
Aku dilahirkan dengan kegarangan yang melampaui batas atau senang cakap rimau segala rimau.Im totally garang nak mampus tau.Cepat gila nak marah.Kalau kena marah jangan menangis atau sentap sebab aku tak layan kau punya hati dan perasaan pun.Lantaklah kalau si hati yang nak terasa.Ha gitewww.Hahaha!(kejam gila sobs).Jadi,orang yang kawan dengan aku semuanya hati kena taff kalau tak taff akan kau anggap lainlah. 

Aku pulak marah,jerit, semua tak pernah mengenal waktu mahupun tempat.Kalau ada tak kena memang kat situ jugak high volume saya naik ya, termasuklah didepan cikgu.Kalau depan cikgu part nak marah kengkawan yang bising masa dia ngajar je plus gelak yang memang tak boleh nak cover bila cikgu tu sendiri yang buat lawak. Pastu tahun ni lak classmate aku dua orang tu selalu ajuk gelak orang.Tambah pulak gelak yang depa ajuk tu asek gelak aku je kan =')

Bila sembang sembang dengan cousin aku,kawan kawan aku, ayat yang selalu depa bagi selalunya berbunyi
"hang kena cari lelaki yang taat,baik,penyabar"
Aku yang mendengar ni pun macam taat je sebab yelah cuba bayang kalau aku dapat lelaki sejenis macam aku yang kuat marah pastu garang, mesti rumah yang bercat putih akan menjadi merah.Hahaha!
Lepastu,ada satu hari yang indah masatu aku malas nak turun rehat,ustazah pulak tak keluar keluar kelas lagi jadi dia ajak aku sembang sebab aku ni kan talkative macam sebelum sebelum ni aku bgtau tu so aku memang talkative lah. Dia tanya
"Syadiya,kamu ni memang garang ka?"
Entah aku rasa ni soalan kbat agama exam nanti kot.Aku rasa ramai dah orang perasan yang aku ni garang gila.Sobs.Dengan hati yang sendu,aku pun cakap ya.Takkan aku nak menipu cakap tak padahal im totally monster among the monster! Ekekeke.
Kebanyakannya sehari kalau aku tak garang tak marah tu bukan aku lah.Jadi,kalau nampak saya yang ayu pastu lemah lembut tu silap orang sangatlah tu sebab saya seorang yang berdekah dekah dan harimau perempuan yang comel.Macam hectic ja weh =') Hahaha.

Saya tengok awak pun takut puan rimau.Tapi diaorang cakap saya awak. (Sumber:google)
 
Salam sayang,Syadiya.