Thursday, 13 July 2017

Latest Entry.

Assalamualaikum,
Dont have anything important to share pon,resepi atau tips macam zaman kegemilangan SPM atau selepas SPM pun dah tamat la weh(wipe tears sejuta kali sebab rasa sedih nak matey).I keep asking myself:

"kenapa doc fatin liyana dah lama tak apdet blog ek"
"kenapa hamis jalika dah tak main blog ek"
 Pastu kena batang hidung sendiri baru aku rasa macam..
I FEEL YOU GUYS! I FEEL YOU!

Sebenarnya aku masuk u tanpa membawa laptop.Takda gadget pun nak taip taip.Kalo assignment pulak aku pinjam laptop kawan kejap dengan perasaan malu dan segan.HaHa.Pastu aku pun macam penyegan la nak update blog pakei lappy orang.Macam tak feel langsong ok pakai lappy orang!

Sepertimana manusia biasa menjadi manusia,maka aku pun manusia biasa.Life is smooth sahaja.Cumanya aku gembira bagai mahu menari raver bilamana no more baju sekolah to wear(padahal sedih),bilamana ke kelas boleh pakai baju ikutsukahati.com dan bilamana tiada lagi loceng berbunyi menandakan prep bermula (kecuali pakcik techinician yang membunyikan wisel menyuruh siswi memakai tudung sebab dia nak fix kabel .Lol )

Lupa nak bagitahu,aku sambung study dekat Uitm Tapah.Sapa yang baca pastu dia sama U dengan aku boleh lah komen.Aku sambung diploma akaun sebab ada cousin aku kat situ.(EEE padahal aku sambung situ sebab memang dah target nak sambung dip akaun=))Paling tak boleh nak tahan sedih bila tak ada post entri hari raya pun kat blog aku.Waddefishh!

Btw,alang alang masih dalam bulan syawal, I would like to wish SHRMZDB.Tak boleh panjang panjang.Keyboard pendek tak sampai.Muahaha.

Ni aku update pun sebab balik ada appoinment braces dan rasanya semangat kebeloggan telah kembali bermaustatin di hati kembali.Acah ja nanti senyap gak T^T.ESOK NAK UPDATE LAGI LAH.
Nah aku lanja gambar raya 3 tahun lepas;2014.Kecikkan sikit sebab muka hodoh dan gambar raya tahunni semua dalam phone tak sempat transfer.Pity me.

Salam sayang,syadiya xx. 

Friday, 9 June 2017

Awat Sepi?

Assalamualaikum,
Kenapa blog saya sepi?Sebab saya busy dah masuk u=(

salam sayang,syadiya xx

Wednesday, 17 May 2017

New Me in 2017.

Assalamualaikum,
tahun 2017 ni aku ingatkan gigi aku ja yang berubah,maksud aku pakai braces.Tapi ada jugak yang berubah.Aku bukan botokslah! Haha.Kisahnya aku dapat matriks,aku dapat uitm tapah kos diploma perakaunan dan aku juga baru check tadi aku dapat ipg.

Tapi,aku dilemma pasal ketiga tiga benda ni.'pro and contra' ada dalam tiga tiga tempat tu.Masa aku form 5,cikgu tak banyak sokong niat aku nak sambung matriks dan mak aku pulak tak sokong aku untuk ipg (walaupun mak abah aku cikgu,but look, they dont support kot weh -_-).Sebab aku memang tak sesuai jadi cikgu.Dahla kalau ajar classmate aku pun,aku cakap laju gila.Pastu garang.

Jalan terbaik,aku pilih uitm.Sebab aku memang minat akaun.Since form5,niat aku memang nak sambung diploma perakaunan.Perginya pulak ahad ni untuk daftar.Kalut gila nak settle medical checkup dengan bayar yuran dekat bank islam (tak settle lagi pun)

Talking about medical checkup.Here's the starting to my 'new' me.Kawan aku dah buat medical check up,pastu dia cerita lah serba sikit kat aku apa yang kena buat nanti.Salah satunya,baca huruf dari jauh sambil tutup sebelah mata.Kawan aku ni rabun,dan badly dia tak bawak spek masa pergi.So dia tak nampak! Hahaha and goodly akak kerja klinik tu bagi pinjam spek dia.So dia lepas.

Aku pulak baru pergi semalam.Aku pergi medical checkup dekat hospital ja.Sebab nak jimat kos.Duit nak banyak guna -i -iz-kedekut.

Aku pergi dengan kawan aku,si Una tapi ramai gak budak sekolah aku yang buat that day.Pastu weolls pun sembang sembang kosonglah sambil tunggu (lama sangat).Tunggu punya tunggu,nama aku pun dipanggil.

Mula mula,timbang berat badan dengan ketinggian.Berat aku turun jadi 43 kg and tinggi 156 cm.(BMI tak normal balik T^T but it's okay *tangangemalai)

Then,nurse lelaki tu (wujudkah nurse lelaki? ah wat eva) suruh aku berdiri dekat satu garisan merah.Dalam hati aku apa yang dia suruh buat ni hish.

"Pandang depan,baca huruf depan tu"menyentak lamunan ku betul.

Baca huruf tu pulak jauh gaklah,dan kena tutup sebelah mata.Badly dua dua mata aku teruk! Tak nampakkkkk.Ada 8 level.Level 1 huruf paling besar.Level 8 tu paling kecil.Dekat level 4 pun aku dah tak nampak.Wanted to cry,but tak bolehhhh.Perempuan harus kuat! (i need emoji muscle ketul2 here).

Dahla mulut nurse lelaki tu boleh tahan mashaAllah.

"kamu buta ka apa?"

"teruknya mata kamu"

"kamu taktahu ka kamu rabun ni?"

"pergi balik buat spek,esok datang balik"

Disebabkan aku nak siap cepat medical checkup,petang tu jugak aku ajak kawan aku,si Anis (i call her Maneh -Manis ) pergi buat spek.Sama sama mengajaklah jugak.Sebab dia nak cari kasut sport.Dua dua meluahkan perasaan.Dia soal nak duduk hostel atau tak.Aku pulak luahkan kebengangan aku pasal mata.

Dia bawak aku pergi kedai spek yang sama dia buat untuk spek dia.Owner kedai cermin mata ni so nice person!Pekerja dia pun baik gila.
Dia cakap "haiyaaa manyak rabun aaa" -_-.Aku kan peramah.Aku cakaplah saya pun taktau saya rabun.Sebelum tu aku dah bagitau dah uncle tu pasal medical checkup aku yang malang.Check check,memang rabun.

Dengan bangganya tanpa rasa salah memilih kedai spek uncle niiii,spek aku siap dalam masa 30 minit.Sampai ada kawan tanya "spek tipu ka".Takdak masa nak carik spek tipu!Hahahaha

Rabun jauh 100.Silau 70.
RM 220.

Dan aku mula sedar,rupanya mata aku bukanlah elok sejak aku menduduki SPM 2016.Im so sad.Serious.This ruin my mood.

Dan aku juga sedar,
Success need sacrifice.
Oklah aku mengaku,memang aku baca buku dalam gelap.Sebab aku kesian dengan seisi dormmate aku ketika aku duduk hostel.Hang sanggup ka tengok depa semua tidur dalam keadaan bercahaya?Cepat kerepot tahu tak kalau tidur pakai lampu?(please say yes to this fact).Terngiang ngiang suara adik dorm mintak izin nak tutup lampu."Kak yaya kami nak tutup lampu sini boleh?".Wajiblah aku jawab YA.Yang nak tidur 18 orang.Yang nak membaca buku seorang.Bukan soal beralah,tapi soal kesian T^T.Tapi dorm aku memang akan bukak lampu satu bila masuk tidur.So aku baca buku pun pakai satu lampu tu jalah.Boleh bayang tak suram dia cenna.Huhuks.


Senang cerita,aku memang banyak membaca tanpa henti masa aku form5.I need a bom-good-wow result in spm.And i got it! Tapi mata ni lah,jadi rabun.

 Aku masih dalam fasa belajar pakai spek kejap kejap.Rasa berat ja muka sebab sangkut spek.Menaip ni pun,aku pakai spek.Sebab uncle kedai cermin mata tu cakap .Pakai spek masa guna lappy,masa tengok papan putih or yang berkenaan dengan huruf yang kecil kecil.

By the way,aku dah tak cam orang kalau orang tu jauh.Nampak macam dia ada dua kepala.HAHAHA i swear i didnt lie.

It's me and Maneh.Look! We look like a twin.Because of that spek dengan gigi besi je pun.Hahahaha

Hello new me in 2017! (wipe tears)

salam sayang,syadiya xx.